Hotel Anjum mengambil serius perlindungan data dan privasi anda. Kami telah mencipta dasar privasi ini untuk memaklumkan anda cara kami mengumpul dan mengendalikan data peribadi pengunjung laman web kami.

  1. Di bawah dasar privasi ini, istilah data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda sebagai individu. Ia boleh merangkumi, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, umur, jantina, maklumat pasport, nombor kad kredit dan sejarah kewangan peribadi anda.
  2. Kami menggunakan data peribadi untuk menyediakan khidmat pelanggan terbaik (contohnya menjadikan tempahan anda lebih cepat dan mudah, memastikan bahawa kami akan memenuhi keperluan anda sewaktu anda menginap dengan kami), memastikan tetamu kami dimaklumkan (contohnya dengan menghantar tawaran promosi atau maklumat lain yang mungkin menarik minat) dan untuk tujuan pemasaran (contohnya untuk menjalankan tinjauan supaya dapat meningkatkan perkhidmatan kami, untuk penyelidikan). Laman web kami mungkin menggunakan perisian dan perkhidmatan analisis web (contohnya Google Analytics yang disediakan oleh Google Inc.). Hotel Anjum dan pembekal perkhidmatan analisis web boleh menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui perisian analisis web bagi menilai penggunaan laman web ini, menyusun laporan berhubung aktiviti laman web dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan.
  3. Kami mengumpul data peribadi apabila anda mula mengakses laman web ini dan sewaktu anda melayarinya, apabila anda membuat pembelian di atau melalui laman web ini dan apabila anda membuat tempahan di laman web ini atau secara terus di hotel tertentu. Jika anda menempah perkhidmatan di Hotel Anjum melalui ejen atau laman web pihak ketiga atau sistem tempahan, kami juga boleh mengumpul data peribadi yang dimajukan kepada kami oleh ejen atau pihak ketiga atau sistem tempahan tersebut berkaitan dengan kemungkinan peruntukan perkhidmatan kami.
  4. Kami menyimpan data peribadi dengan selamat selama tempoh yang dikehendaki undang-undang yang berkenaan atau, jika tiada had masa, selama terdapat tujuan perniagaan untuk berbuat demikian. Hotel Anjum boleh menghapuskan data peribadi tanpa memaklumkan anda, terutama jika anda telah beberapa tahun tidak menginap di Hotel Anjum.
  5. Bagi meningkatkan pengalaman hotel anda dan menyediakan khidmat pelanggan yang unggul, kami boleh berkongsi data peribadi anda di antara Hotel-hotel Anjum. Maklumat yang dihasilkan oleh perisian analisis web berhubung penggunaan laman web oleh anda (termasuk alamat IP anda) mungkin dipindahkan kepada pembekal perkhidmatan analisis web dan disimpan di sana. Selain daripada itu, kami tidak akan berkongsi data peribadi anda di luar Hotel Anjum tanpa kelulusan tersurat atau tersirat anda. Kewujudan kelulusan yang tersirat diandaikan sekiranya anda memohon perkhidmatan yang melibatkan pembekal perkhidmatan pihak ketiga (contohnya ejen, penjual bunga, syarikat penerbangan), yang mana Hotel Anjum boleh memajukan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga sedemikian sepertimana diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan atau produk yang dipohon. Akhir sekali, kami boleh berkongsi data peribadi anda dengan pihak ketiga tanpa kelulusan anda dan memaklumkan anda (contohnya badan kerajaan) sekiranya kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang wajib yang berkenaan.
  6. Atas permintaan dan pengenalan wajar anda, kami akan memaklumkan anda apakah data peribadi yang disimpan dalam pangkalan data kami. Jika anda mengkehendaki penghapusan sebahagian atau sepenuhnya data peribadi anda, sila maklumkan kami.

Kami ingin memaklumkan anda bahawa laman ini menggunakan ‘kuki’. Anda boleh menyahaktifkan pemasangan kuki melalui tetapan yang berkenaan dalam perisian pelayar anda; walau bagaimanapun, kami ingin memaklumkan anda bahawa menyahaktifkan ciri ini boleh membatasi kefungsian laman web kami.

Dengan menggunakan laman web ini, anda dengan ini membenarkan pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan dalam cara dan tujuan yang dinyatakan sebelum ini.

Hotel Anjum berhak untuk mengubah dasar perlindungan data ini pada bila-bila masa dalam apa jua cara yang difikirkan sesuai. Jika anda terus menggunakan laman web dan perkhidmatan kami selepas perubahan sedemikian, anda akan terikat dengan dasar perlindungan data baharu.

Powered By:ServicesTIME